PETALING JAYA: Polisi insurans perubatan semakin membebankan apabila ia dijangka naik antara 40 hingga 70 peratus tahun depan. Ini berdasarkan notis yang dihantar oleh para penanggung polisi kepada pengguna memaklumkan mengenai kenaikan premium itu. Alasan yang diberikan ialah kos perubatan di hospital swasta semakin mahal. Ekoran itu ramai pengguna bertindak menamatkan polisi insurans perubatan mereka kerana tidak lagi mampu menanggung peningkatan premium yang perlu dibayar setiap bulan. Sebagai alternatif mereka memilih untuk menggunakan insurans yang disediakan oleh pihak syarikat atau menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan. Majoriti pengguna kad insurans perubatan meluahkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya