Insurans naik: Sistem kesihatan awam bakal bertambah

Insurans naik: Sistem kesihatan awam bakal bertambah

KALWINDER SINGH KHAIRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kebergantungan terhadap sistem penjagaan kesihatan awam yang kini terbeban bakal bertambah sekiranya caj premium insurans terus meningkat.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr. Kalwinder Singh Khaira dalam satu kenyataan berkata, pemegang polisi insurans yang tidak mampu membayar premium tinggi akan memilih sistem penjagaan kesihatan awam.

Justeru katanya, walaupun pelarasan kepada premium insurans dilihat sebagai satu keperluan, kadar tersebut perlu berada pada tahap berpatutan.

“Polisi insurans harus direka untuk menampung semua kumpulan pendapatan supaya kewangan untuk kesihatan sentiasa tersedia.

“Selain itu, mereka yang mempunyai polisi sedia ada juga tidak sepatutnya terbeban dengan kenaikan premium yang tidak dirancang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Justeru, Dr. Kalwin­der berharap, pendekatan yang seimbang adalah penting untuk mengekalkan ekosistem penjagaan kesihatan mampan yang memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan polisi insurans perubatan semakin membebankan apabila dijangka naik antara 40 hingga 70 peratus tahun depan berdasarkan notis yang dihantar oleh para penanggung polisi.

Alasan yang diberikan ialah kos perubatan di hospital swasta semakin mahal.

Ekoran itu ramai pengguna bertindak menamatkan polisi insurans perubatan mereka kerana tidak lagi mampu menanggung peningkatan pre­mium yang perlu dibayar setiap bulan selain menggunakan insurans yang disediakan oleh pihak syarikat atau pergi ke hospital kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya