Individu yang ditahan bawah Akta Tahanan Rumah akan dipakai alat peranti

Individu yang ditahan bawah Akta Tahanan Rumah akan dipakai alat peranti

SAIFUDDIN Nasution Ismail semasa berucap semasa merasmikan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Bunga di Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Individu yang ditahan bawah Akta Tahanan Rumah akan dipakaikan dengan alat peranti sebaik sahaja ia diluluskan oleh parlimen.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bertujuan mengesan kedudukan individu yang menjalani perintah dibawah akta berkenaan.

“Undang-undang sedia ada ketika ini tidak mempunyai peruntukan yang membolehkan pesalah diletakan di rumah.

“Jadi, Rang Undang-Undang (RUU) akta baharu tahanan rumah yang akan dibentang di Dewan Rakyat tahun depan mampu membantu kerajaan menguruangkan masalah kesesakan banduan yang sedang berlaku di penjara seluruh negara ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Bunga di sini.

Saifuddin Nasution memberitahu, jumlah keseluruhan tahanan di penjara sehingga 14 November lalu seramai 86,766 orang sekali gus melepasi kapasiti sebenar iaitu 74,146.

Katanya, jika akta itu lulus nanti ia akan melibatkan pesalah yang merupakan status tahanan reman dalam penjara.

“Tapi kalau yang tahanan reman yang melibatkan jenayah berat seperti rogol, bunuh, 39 B (dadah) tidak diambil kira. Untuk makluman, proses pembikinan RUU ini berada di peringkat perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara dan semua pemegang taruh.

“Selain itu, sesi libat urus dengan Jawatankuasa Terpilih Parlimen, hak asasi keselamatan, ahli akademik dan pakar-pakar perundangan telah dibuat sebelum kita (KDN) bentang ke Parlimen,” ujarnya.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentangkan akta baharu tahanan rumah di Parlimen tahun hadapan selari dengan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata, pembentangan itu akan dilakukan sama ada sesi awal, pertengahan dan hujung tahun jika semua berjalan mengikut jadual.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya