SUNGAI GOLOK, THAILAND: Individu yang memiliki dua biji pil kuda sudah di negara ini sudah dikira pengedar dan bukan untuk kegunaan sendiri sekiranya dicekup oleh pihak polis.
Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jadsadavit Inprapan berkata, tindakan tegas itu merupakan salah satu usaha yang diambil dalam membendung penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negara ini.
Menurutnya, individu terlibat akan berdepan penjara melebihi 10 tahun atau sepanjang hidup bergantung kepada jumlah dadah yang dirampas.
“Makin banyak jumlah dadah yang dirampas, semakin berat hukuman yang diterima termasuk membabitkan tempoh pesalah dipenjarakan.
“Kebanyakan rakyat Malaysia yang ditahan di sini kerana positif dadah bukan memiliki bahan terlarang itu. Hal ini kerana mereka (rakyat Malaysia) takut dengan undang-undang membabitkan pengedaran bahan terlarang yang sangat ketat di Thailand,” katanya ketika ditemui di semalam.
Jadsadavit berkata, kesemua mereka yang ditahan bersama dadah lebih daripada sebiji akan reman dalam tempoh tiga bulan atau 84 hari.
Katanya, tempoh reman yang panjang bertujuan membolehkan polis melakukan siasatan serta meneliti segala maklumat dengan sebaik mungkin.
“Pada masa yang sama, ia memberi peluang kepada suspek mengumpul bukti jika mereka benar tidak bersalah,” ujarnya.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, penyanyi wanita yang popular Kelantan ditahan polis Thailand bagi membantu siasatan berkaitan rampasan 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Golok, Thailand.
Kesemua individu termasuk penyanyi berusia 20-an itu ditahan dalam serbuan pada pukul 5 pagi waktu tempatan.
Susulan itu, kesemua mereka di reman selama 84 hari atau hampir tiga bulan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.-UTUSAN