ILP Serian mula pengambilan pertama Januari depan, libatkan 60 pelajar - Utusan Malaysia

ILP Serian mula pengambilan pertama Januari depan, libatkan 60 pelajar

ILP Serian
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Institut Latihan Perindustrian (ILP) Serian akan melaksanakan pengambilan pertama melibatkan seramai 60 orang bermula 13 Januari 2025.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, penerimaan peralatan di ILP Serian bermula November lalu dan akan menerima sepenuhnya pada Julai 2025.

Jelasnya, sekiranya tiada kelewatan dari segi prestasi pembekalan peralatan, pengambilan sepenuhnya boleh dilaksanakan pada Julai 2025.

“Selain itu, kursus-kursus yang akan ditawarkan di ILP Serian adalah kursus Teknologi Binaan Bangunan, Teknologi Penyelenggaraan Bangunan, Teknologi Computer Added Design and Drafting (CADD), Teknologi Elektrikal serta Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara.

“Pengisian perjawatan di ILP Serian pula akan dibuat secara berperingkat serta jumlah perjawatan keseluruhan di ILP Serian adalah seramai 72 orang,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem (GPS-Serian) minta Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyatakan bila Institut Latihan Perindustrian (ILP) Serian akan beroperasi sepenuhnya.

Pada 19 September lalu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, ILP Serian merupakan yang ketiga di Sarawak dan ke-33 di Malaysia.

Jelasnya, ILP itu sedang menunggu Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) yang dijangka selesai pada Oktober selain mampu untuk mengambil lebih kurang 600 orang pelajar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya