PETALING JAYA: Kebanyakan generasi muda dipercayai lebih cenderung menjalin hubungan tidak sah atau luar nikah dengan pasangan masing-masing kerana tidak mahu terikat dengan komitmen jangka panjang sekali gus menyumbang kepada penurunan kadar perkahwinan. Senario ini dikuatkan lagi dengan data Kementerian Kesihatan yang menunjukkan 44,263 kes kehamilan remaja direkodkan sejak lima tahun lepas melibatkan 17,646 orang belum berkahwin. Pakar Motivasi dan Kaunseling Rumah Tangga, Hushim Salleh berkata, masalah ini sering dikaitkan dengan perubahan gaya hidup, tekanan sosial dan pengaruh budaya Barat. Menurutnya, kebanyakan generasi muda merasakan perkahwinan sebagai satu beban sehingga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya