Hospital swasta sokong kenaikan premium insurans perubatan - Utusan Malaysia

Hospital swasta sokong kenaikan premium insurans perubatan

DR. KULJIT SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenaikan premium insuran perubatan pada masa ini wajar dengan mengambil kira kos penjagaan rawatan, perubatan dan teknologi.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr. Kuljit Singh berkata, walau bagaimanapun, jumlah kenaikan mestilah munasabah kepada semua pihak terutamanya pesakit dan pemegang polisi.

Katanya, kenaikan ketara akan memberi kesan kepada permintaan dan kemasukan pesakit di hospital kerajaan dan hospital swasta.

“Walau bagaimanapun, jika peningkatan itu setara dengan perkhidmatan yang lebih baik, ia (kenaikan) wajar untuk mereka yang memerlukan rawatan.

“Sekiranya kenaikan (premium insurans) terlalu berlebihan, ia sudah pasti memberi kesan jangka pendek dan sederhana sehingga menyebabkan permintaan ke hospital swasta mungkin menurun dan orang ramai beralih ke hospital awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Kuljit berkata, hospital swasta akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif yang berterusan untuk mengurangkan kos.

“Kami juga sedia bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk melihat cara mengurangkan kos dan beban kawal selia, kos perubatan perundangan yang meningkat dengan cepat, dan dasar lain,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya