Hidap kanser, wanita buntu fikir masa depan tiga anak

Hidap kanser, wanita buntu fikir masa depan tiga anak

NORAZAH Abdullah bersama tiga anaknya yang masih kecil ketika ditemui di Kampung Aur China, Pasir Mas, Kelantan. – UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang ibu yang menghidap penyakit kanser pangkal rahim tahap empat buntu memikirkan nasib tiga anaknya yang masih kecil selepas hilang upaya untuk bekerja sejak tiga bulan lalu.

Norazah Abdullah, 50, berkata, sejak itu dia lebih banyak terlantar di atas tilam dan bergantung harap kepada adik lelakinya untuk menguruskan diri termasuk ke tandas.

“Sebelum ini saya tinggal di Muar, Johor dan menjana pendapatan melalui jualan kuih. Namun saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan tinggal bersama adik-beradik lain selepas tidak lagi mampu menguruskan diri.

“Lebih perit lagi, saya kini dalam proses untuk bercerai dengan suami kedua,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Aur China, di sini semalam.

Norazah dikesan menghidap kanser tahun 2021 dan sudah menjalani rawatan radioterapi.

Kini dia menggunakan lampin pakai buang selepas hilang upaya untuk bergerak, selain perlu bergantung sepenuhnya kepada susu hasil sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), 3rd Force Pasir Mas sebagai sumber utama makanan untuk mendapatkan tenaga.

“Alhamdulillah saya sedikit lega, apabila tiga anak saya yang berusia 10 hingga tujuh tahun dapat kembali ke sekolah hasil bantuan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

“Seboleh-bolehnya saya mahu anak-anak mendapat pendidikan sempurna supaya masa depan mereka lebih terjamin,” ujarnya.

Ibu tujuh cahaya mata ini dikurniakan empat orang anak hasil perkahwinan pertama, dengan tiga daripada sudah berkahwin dan mempunyai keluarga masing-masing.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan melalui akaun Maybank 154053509544 atas nama Norazah Abdullah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya