‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’ - Utusan Malaysia

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa dengan sejarah lampau hingga menjejaskan keharmonian antara parti dalam kerajaan terutama Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa berkata, dakwaan menteri-menteri UMNO kurang membantu dalam pentadbiran kerajaan adalah kenyataan yang tidak tepat.

Kata beliau, kenyataan dibuat oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng adalah ‘jauh panggang dari api’.

“Semasa jadi pembangkang sekali pun, Bagan Datuk menjawab panggilan Bagan walaupun jam menunjukkan pukul 3.38 pagi. Harap selepas ini Bagan tidak menangis lagi untuk meminta bantuan.

“Alhamdulillah apa yang rakyat lihat hari ini, menteri-menteri dari UMNO telah memainkan peranan penting dan menunjukkan prestasi yang sangat baik untuk membantu Kerajaan Perpaduan pada hari ini.

“Saya tak nak bandingkan dengan menteri dari parti lain tetapi sendiri mahu ingatlah,” katanya semasa membahaskan Rang Udang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Mohd Isam berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima baik permohonan maaf bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

“Perkara tersebut tidak perlu dijadikan isu kerana tidak akan mempengaruhi mahkamah kerana mahkamah bertindak dengan perkara yang dihadapkan kepadanya.

“Maaf-bermaafan itu adalah budaya dan cara orang Melayu Islam. Diterima atau tidak, terpulang tetapi itu adalah perbuatan yang mulia.

“Kamu sendiri juga apabila hendak mendapatkan kuasa terpaksa berkejar ke Sarawak untuk permohonan maaf,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya