Graduan UUM bergelar usahawan raih lebih RM10,000 sebulan

Graduan UUM bergelar usahawan raih lebih RM10,000 sebulan

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengurusan Perniagaan, Puteri Saidatul Azwa Tun Ali, 25, dianugerahkan Anugerah Keusahawan pada Majlis Konvokesyen ke-37 Universiti Utara Malaysia di Sintok. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seorang gra­duan Universiti Utara Malaysia (UUM) meraih pendapatan melebihi RM10,000 sebulan apabila menceburkan diri dalam bidang keusahawanan fotografi sejak masih belajar.

Puteri Saidatul Azwa Tun Ali, 25, berkata, khidmat fotografi yang ditawarkan sejak 2018 itu bermula sebelum dia menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengurusan Perniagaan.

Katanya, perniagaan itu semakin berkembang ketika dia belajar di UUM sehingga perlu mengupah seramai enam jurugambar untuk membantunya menyelesaikan tugasan pelanggan.

“Khidmat fotografi kami merangkumi acara perkahwinan, majlis konvokesyen, acara korporat dan apa sahaja program yang memerlukan gambar untuk melengkapkan majlis mereka.

“Paling utama adalah menerima tempahan pelanggan untuk majlis perkahwinan yang boleh dikatakan setiap minggu ada, tak kira pasangan pengantin Melayu, Cina dan India,” kata penerima Anugerah Keusahawanan sempena Majlis Konvokesyen ke-37 UUM, di sini.

Katanya, kecintaan dalam dunia kamera hanya bermula ketika di Kolej Vokasional Kuala Kangsar kerana sebelum itu dia berpandangan kerja-kerja itu hanya sesuai untuk jurugambar lelaki.

“Tenaga pengajar di kolej nampak bakat dan kemahiran saya yang ketika itu mengambil gambar, video dan menyediakan slaid pembentangan dengan visual yang menarik.

“Walhal ketika itu saya tidak memiliki sebarang kamera pun dan kamera pertama saya hanya dibeli beberapa tahun kemudian dengan wang yang dikumpul,” ujarnya.

Menyentuh pengajiannya di UUM dan pada masa sama perlu menguruskan syarikat yang didaftarkan pada 2019, Puteri Saidatul Azwa berkata, dia perlu berdisiplin tinggi kerana terpaksa berulang alik ke Perak setiap minggu.

“Hari Isnin, Rabu dan Khamis memang saya tumpukan sepenuhnya untuk pembelajaran di UUM. Untungnya di UUM kami diberikan cuti pertengahan minggu pada setiap Selasa untuk saya susun jadual dan pulang ke Perak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya