GISBH sesat: Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan buat keputusan akhir bulan ini - Utusan Malaysia

GISBH sesat: Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan buat keputusan akhir bulan ini

FAUDZINAIM BADARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan akan bersidang pada akhir bulan ini bagi melihat keperluan dan keputusan sama ada satu fatwa khusus akan dikeluarkan ataupun tidak berkaitan syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) Sdn. Bhd.

Ia susulan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) telah memutuskan hari ini bahawa ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh Nasiruddin Mohd. Ali dari GISBH dan pengikutnya adalah sesat serta menyeleweng daripada ajaran Islam.

Bagaimanapun, Mufti Negeri Sembilan, Prof. Datuk Dr. Mohd. Faudzinaim Badarudin berkata, keputusan MKI itu masih belum disampaikan secara rasmi ke peringkat negeri.

“Keputusan itu akan dibawa ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri yang akan bersidang pada akhir November bagi melihat keperluan dan membuat keputusan sama ada satu fatwa khusus GISBH perlu dikeluarkan atau tidak.

“Sehingga kini, seperti yang telah dimaklumkan oleh Menteri Besar  baru-baru ini bahawa Negeri Sembilan masih merujuk kepada fatwa al-Arqam 2016 bagi tujuan penguatkuasaan terhadap para pengikut GISBH.

“Penguatkuasaan dan pendakwaan di mahkamah terhadap pengikut GISBH adalah berdasarkan warta 2016,” katanya hari ini.

Pengerusi MKI, Datuk Dr. Nooh Gadut hari ini berkata, keputusan mengenai GISBH itu dibuat dalam mesyuarat MKI Kali Ke-125 pada 24 hingga 26 September lalu.

Beliau juga memaklumkan, oleh itu, pihak berkuasa negeri boleh mempertimbangkan keputusan MKI berkenaan bagi tujuan pewartaan fatwa di negeri masing-masing.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, Negeri Sembilan ketika ini mengambil pendirian untuk kekal merujuk kepada pewartaan sesat terhadap Penyelewengan al-Arqam pada 2016 terhadap ajaran dan kepercayaan pengikut GISBH Sdn. Bhd.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya