Gadis maut, dua penumpang parah kereta bertembung SUV

Gadis maut, dua penumpang parah kereta bertembung SUV

KEADAAN kereta yang bertembung dalam kemalangan berhampiran kedai keropok losong, Jalan Kadok-Ketereh, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang gadis maut manakala dua lagi parah selepas kereta Perodua Viva dinaiki mereka hilang kawalan lalu bertembung dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas dirempuh sebuah lagi kereta lain dalam kejadian berhampiran kedai keropok losong, Jalan Kadok-Ketereh di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia 20-an meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah dibahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu gadis berkenaan dari arah Tunjong menghala ke Ketereh.

Menurutnya, setiba di lokasi sebuah kereta jenis Proton Waja dari arah belakang telah cuba memotong namun gagal.

“Akibatnya, kereta tersebut telah melanggar bahagian sisi kanan sebelah hadapan Perodua Viva. Kesan pelanggaran itu menyebabkan Perodua Viva itu telah berpusing lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Perodua Viva itu kemudian telah bertembung dengan SUV jenis Toyota Harrier dipandu oleh seorang lelaki berusia awal 50-an,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, pemandu Perodua Viva mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Katanya, dua lagi penumpang kereta Perodua Viva mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan sedang menerima rawatan di zon merah Hospital Pakar USM (HPUSM).

“Pemandu dan penumpang SUV hanya cedera ringan serta menerima rawatan sebagai pesakit luar di HPUSM.

“Usaha mengesan pemandu kereta Proton Waja sedang giat dilakukan. Kita buka siasatan kes ini mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Mohd. Rosdi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Nurul Izzati Mohammad Rosli di talian 09-7752315.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya