G57 gesa SPRM siasat pihak sebar audio rasuah ADUN Sabah

G57 gesa SPRM siasat pihak sebar audio rasuah ADUN Sabah

ZULKARNAIN MAHDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat individu yang menyebarkan berita dakwaan skandal rasuah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang individu itu mengetahui aktiviti amalan rasuah namun tidak melaporkannya kepada SPRM.

Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku malah, dengan mendedahkan dalam media sosial ia boleh menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat.

“Sepatutnya, salurkan maklumat itu kepada SPRM dan biar agensi itu menyiasat dan jika benar barulah boleh dikenakan tindakan, “katanya ketika ditemui di luar bangunan SPRM di sini, semalam.

Terdahulu Kerajaan Sabah bersedia memberi kerjasama kepada mana-mana pihak khususnya SPRM untuk menyiasat susulan tular rakaman audio ADUN dikatakan membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan berkata, pihaknya sudah sedia maklum mengenai isu penularan audio terbabit yang didakwa dikaitkan dengan beberapa ADUN dari negeri berkenaan.

Sementara itu, Zulkarnain berkata, tindakan menularkan audio itu seolah-oleh menzalimi pihak yang tertuduh untuk mempertahankan diri di tempat yang sepatutnya.

“Saya difahamkan individu berkenaan (individu sebar audio) turut menerima ugutan bunuh,” katanya.

Katanya, tujuan beliau hadir ke SPRM hari ini bukan untuk melaporkan audio yang tular sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa dan SPRM menyiasat perkara itu.

Jelasnya lagi, beliau sama sekali tiada kena mengena dengan mana-mana parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) malah hanya ingin membetulkan keadaan.

Zulkarnain menambah lagi, beliau tidak menolak kemungkinan audio yang tular itu cuba menjatuhkan kerajaan pimpinan Hajiji.

Katanya, perbuatan tidak berasas dan berbaur fitnah itu dibuat semata-mata untuk menjejaskan reputasi Ketua Menteri Sabah itu selain menjejaskan peluang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya