MANILA: Kerajaan Filipina meningkatkan langkah keselamatan untuk Presiden Ferdinand Marcos Jr. dan keluarganya susulan ancaman bunuh secara terbuka Naib Presiden, Sara Duterte, baru-baru ini. Komando Keselamatan Presiden (PSC) dalam kenyataan berkata, pihaknya berkoordinasi rapat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mengesan, menghalang dan mempertahankan Presiden serta keluarga daripada sebarang ancaman. “Sebarang ancaman terhadap nyawa Presiden dan keluarga, tanpa mengira asal usul, terutama yang dibuat secara terbuka di khalayak ramai dipandang serius. “Kami menganggao ini sebagai isu keselamatan negara dan akan mengambil semua langkah perlu untuk memastikan keselamatan presiden,” menurut kenyataan itu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya