MANILA: Ribuan penduduk kampung diarahkan berpindah dan pelabuhan ditutup ketika Filipina dilanda taufan keempat dalam tempoh kurang sebulan, kata pegawai. Setakat ini, tiada laporan kematian atau kerosakan susulan Taufan Toraji yang melanda pantai timur laut negara itu berhampiran bandar Dilasag, kira-kira 220 kilometer dari ibu kota Manila, menurut agensi cuaca negara. Sekurang-kurangnya 1,400 orang dipindahkan dari kawasan pantai serta kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh di Dinalungan dan perbandaran berdekatan, Baler, menurut Pegawai Operasi Bencana, Donald Allan Ty. Keseluruhannya, kerajaan mengarahkan 2,500 kampung dipindahkan pada 10 November, namun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya