Eusoff perlu dana RM100,000 untuk bedah jantung

Eusoff perlu dana RM100,000 untuk bedah jantung

Muhammad Eusoff Al Amin memerlu dana RM100,000 untuk bedah jantung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Usianya baru setahun, namun anak kecil ini menderita akibat kecacatan jantung kompleks sejak lahir.

Muhammad Eusoff Al Amin dari Simpang Ampat, Nibong Tebal kini memerlukan dana RM100,000 bagi membolehkan dia menjalani pembedahan.

Menurut Pengerusi badan amal, One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau, doktor mengesan degupan jantung Muhammad Eusoff yang tidak normal selain kekurangan oksigen sejak janin.

“Muhammad Eusoff kemudian disahkan alami kecacatan jantung yang jarang berlaku iaitu Tetralogy of Fallot (TOF) dengan pulmonary atresia (PA). Semasa berusia sebulan, dia telah menjalani pembedahan pemasangan ‘stent’ di jantungnya,” katanya di sini semalam.

Menurut Sui Hau, keadaan bayi tersebut semakin buruk apabila mengalami saluran darah sempit.

“Dia perlu menjalani pembedahan membaiki lubang di jantung, injap jantung dan sistem kardiovaskularnya secepat mungkin kerana keadaan itu boleh meragut nyawanya,” katanya.
Sui Hau berkata, orang ramai yang mahu menyalurkan derma boleh dilakukan menerusi akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare bernombor 3201428817 atau melayari laman sesawang www.onehopecharity.org untuk berbuat demikian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya