KOTA BHARU: Seramai enam pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan semasa selepas menunggang motosikal sekitar bandar ini dan Bachok di sini kelmarin.
Operasi itu dilakukan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada pukul 4 petang.
Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Pengurusan) Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, kesemua PATI terdiri dari dua lelaki warga Bangladesh dan masing-masing satu lelaki warganegara Indonesia,India, Myanmar serta Kemboja.
“Kesemua mereka telah dibawa ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nik Akhtarulhaq memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.-UTUSAN