PETALING JAYA: Beberapa daerah di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor dijangka akan mengalami hujan lebat beserta ribut petir dan angin kencang sehingga jam 12 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) berkata, cuaca itu diramal melanda di Bentong, Pahang dan Hulu Langat, Selangor serta beberapa daerah di Negeri Sembilan dan Johor
“Selain itu, di Negeri Sembilan, cuaca itu dijangka melanda kawasan Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah.
“Di Johor pula membabitkan Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Tambah MET Malaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.