Empangan Hidroelektrik Nenggiri bakal jadi pusat ekopelancongan

Empangan Hidroelektrik Nenggiri bakal jadi pusat ekopelancongan

Projek Empangan Hidrolektrik Nenggiri yang dalam pembinaan. – utusan/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Projek Empangan Hidrolektrik Nenggiri yang akan mewujudkan tasik buatan seluas 5,400 hektar akan menjadi tarikan pusat ekopelancongan terkenal apabila siap nanti sebagaimana empangan Kenyir di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­lan­congan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md. Noor berkata, projek pembinaan yang dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2027.

“Apabila wujud tasik dan projek pembinaan siap dalam tempoh tiga tahun lagi ianya berpotensi untuk dibangunkan sebagai lokasi ekopelancongan baharu.

“Antara aktiviti yang akan dapat dilakukan pengunjung adalah kegiatan riadah dan berehat dalam keindahan persekitaran alam semula jadi,” katanya ketika ditemui semalam.

Kamaruddin memberitahu, tempat pembinaan projek Hidroelektrik Nenggiri berjarak kira-kira tujuh kilometer dari laluan Gua Musang-Jeli dan perlu melalui laluan berbatu.

Katanya, dia berharap Kerajaan Pusat dapat menyiapkan jalan yang selesa bagi kemudahan orang ramai.

“Beberapa kawasan penempatan Orang Asli akan terlibat dengan projek pembinaan empangan ini. Penempatan mereka akan disiapkan di tempat lain yang lebih terancang dan lengkap.

“Paling penting adalah jalan dan infrastruktur, jadi kita berharap Kerajaan Persekutuan menyiapkan kemudahan untuk pengunjung,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan Projek Hidroelektrik Nenggiri yang menelan kos RM5 bilion bakal memberi manfaat besar terhadap pembangunan negeri Kelantan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya