DUN Selangor: Kita dituduh tidak ‘berperikeanjingan’ - Exco

DUN Selangor: Kita dituduh tidak ‘berperikeanjingan’ – Exco

Anjing liar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemilik anjing didakwa mengambil jalan mudah melepaskan haiwan peliharaan mereka itu di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan kewujudannya di tempat awam mengancam keselamatan orang ramai termasuk pelancong.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim berkata, beliau sendiri mengakui melihat perkara itu dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab melepaskan haiwan peliharaan itu apabila tidak lagi mahu membelanya.

“Kalau tak mahu lagi bela, boleh cari kaedah yang terbaik, berikan kepada kawan dan sebagainya. Jangan buang di merata-rata tempat, bawa kereta sampai taman kemudian lepaskan anjing, saya tahu ada orang buat kerja sedemikian.

“Dekat kawasan perumahan awam, malam-malam lepaskan anjing seekor, tiga ekor. Itu tidak bertanggungjawab, mula-mula sukakan anjing. Apabila tak lagi ‘cinta’ anjing itu dilepaskan di merata-rata tempat,” katanya pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-15, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkaitan tangkapan anjing liar dan gangguan yang dialami penduduk di kawasannya terutama dekat Kampung Parit Serong.

Bagaimanapun, Suee Lim yang juga ADUN Sekinchan memberitahu pihak berkuasa tempatan (PBT) berdepan dengan kecaman dan tuduhan daripada orang ramai termasuk organisasi bukan kerajaan (NGO) yang mengatakan pihak berkuasa zalim dan tidak ‘berperikeanjingan’.

“Baru-baru ini, tular dikatakan (anjing) diletakkan dalam trak, lori, besi dan sebagainya waktu panas terik dan kita dituduh tidak berperikemanusiaan atau ‘berperikeanjingan’. Itu yang berlaku, PBT kadang-kadang dalam dilema, kena cari kaedah yang terbaik.

“Walau bagaimanapun, kita hendak cari penyelesaian masalah dan aduan-aduan penduduk untuk selesaikan masalah anjing liar, kita akan gunakan kaedah berperikeanjingan atau berperkebinatangan, kita akan tangkap dengan baik,” ucapnya yang mencuri perhatian ahli dewan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya