DUN Selangor: Jumlah miskin tegar dipertikai

DUN Selangor: Jumlah miskin tegar dipertikai

Apakah janji kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar pada hujung 2023. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jumlah miskin tegar yang direkodkan sehingga 15 November lalu sebanyak empat kes dipertikaikan apabila ia didakwa tidak menggambarkan situasi sebenar seperti yang berlaku di lapangan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, maklumat yang dinyatakan oleh kerajaan negeri tidak tepat pada gambaran sebenar kerana kemiskinan tegar yang berlaku jauh lebih besar.

“Saya agak terkejut dengan statistik yang dibentangkan oleh Banting yang menyatakan hanya empat orang miskin tegar dalam negeri Selangor.

“Tetapi dari segi realitinya, kalau yang berhormat boleh turun ke lapangan. Itu bukanlah gambaran sebenar yang berada di bawah…kemiskinan tegar jauh lebih besar daripada yang dinyatakan,” katanya ketika mencelah pada sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2025 dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-15, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mencelah pada sesi penggulungan oleh Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V. Papparaidu.

Jelas Mohamed Azmin, mengikut statistik daripada Jabatan Perdana Menteri sendiri mengatakan jumlah miskin tegar setakat bulan 15 Oktober lalu seramai 23,330 ketua isi rumah di negeri ini dikategori sebagai miskin dan miskin tegar.

Katanya lagi, merujuk penggulungan Papparaidu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting pada Sidang DUN Julai lepas, beliau sendiri beberapa kali mengatakan mustahil untuk miskin tegar dinoktahkah di negeri ini.

Sementara itu, Papparaidu ketika menjawab pencelahan Mohamed Azmin yang juga ADUN Hulu Kelang memberitahu, data yang dirujuk oleh bekas Menteri Besar Selangor itu perlu diasingkan antara kategori miskin dan miskin tegar.

Jelasnya lagi, data empat kes miskin tegar tersebut terhasil selepas pelbagai usaha yang dilakukan pihak agensi kerajaan negeri dan para exco untuk membawa seramai lebih 1,024 miskin tegar di negeri ini keluar dari kategori tersebut.

“Kita menoktahkan miskin tegar sebanyak 1,024 orang dan bakinya adalah seramai empat orang sahaja,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya