DUN Selangor: Jamaliah hilang suara curi tumpuan

DUN Selangor: Jamaliah hilang suara curi tumpuan

Jamaliah
JAMALIAH JAMALUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Lepas ini nanti saya beri ubat dekat YB (Yang Berhormat) Exco.”

Demikian usikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr. Afif Bahardin selepas Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaludin tidak dapat menjawab pertanyaan lisan dikemukakan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu, walaupun beliau hadir Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Malah, sidang itu dilihat kecoh seketika apabila Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, V. Papparaidu diminta mewakili Jamaliah bagi menjawab soalan berkaitan dasar alam sekitar.

Keadaan itu mencuri tumpuan ahli dewan termasuk Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ng Suee Lim apabila Jamaliah yang sebenarnya hadir pada sidang tersebut dikatakan mengalami masalah suara.

Namun, Dr. Afif yang mengemukakan pertanyaan lisan berhubung pembangunan mampan seimbang antara ekonomi, alam sekitar dan kesihatan masyarakat serta perancangan penglibatan komuniti dalam penggubalan dasar berkaitan alam sekitar.

Dr. Afif: Tak apalah, jawab hari lain, jawab hari lain
Papparaidu: Saya hanya menyampaikan sahaja
Suee Lim: Tak dengar suara itu (beliau), Taman Medan.

Bagaimanapun, Timbalan Speaker, Mohd. Kamri Kamaruddin mengarahkan Papparaidu meneruskan membaca jawapan bagi pertanyaan tersebut.

Justeru, Papparaidu berkata, kerajaan negeri mempunyai visi jangka panjang yang melibatkan keseimbangan dalam aspek ekonomi, alam sekitar, dan kesihatan masyarakat menerusi beberapa aspek utama dalam pembangunan mampan.

“Menyediakan dasar khusus yang memfokuskan kepada galakan industri hijau, pengenalan inovasi teknologi rendah karbon dan memperkukuh sektor tenaga boleh diperbaharui. (Kemudian) Mengintegrasi tindakan perubahan iklim melalui Dasar Perubahan Iklim Selangor.

“Dasar itu juga menekankan kecekapan tenaga, penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan pembangunan industri berasaskan ekonomi kitaran. Perancangan dan pelaksanaan dasar-dasar itu dinyatakan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS1),” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Afif turut mengemukakan soalan tambahan sama ada pembangkang akan terlibat dalam keanggotaan pusat perubahan iklim apabila diperuntukkan sebanyak RM500,000 dalam Belanjawan Selangor 2025.

Bagaimanapun, Jamaliah memaklumkan kepada Sidang DUN akan menjawab soalan tambahan itu dalam ucapan penggulungan exco, Belanjawan Selangor 2025 selepas dicadangkan oleh Timbalan Speaker untuk mengemukakan jawapan bertulis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya