CSR, ZDP, PPP antara sumber baharu pendapatan Selangor

DUN Selangor: CSR, ZDP, PPP antara sumber baharu pendapatan Selangor

Pendapatan Selangor
PELAKSANAAN ZDP oleh Top Glove melalui pembinaan loji rawatan air tersendiri. Gambar hiasan. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri mengunjurkan perolehan daripada sumber baharu menerusi projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh anak syarikat, badan berkanun dan agensi di bawah kerajaan negeri.

Perolehan tersebut ditetapkan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke-23 pada Ogos lalu dan dilaporkan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) menyumbang kira-kira RM30.3 juta, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) RM10 juta dan dijangka menambah lagi RM10 juta pada akhir tahun ini.

Selain itu, kerajaan negeri turut menetapkan perolehan daripada sumber Dasar Pelepasan Sifar (ZDP) serta Polluter Pay Principle (PPP) seperti ditetapkan di bawah Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1995 yang mampu meningkatkan sumbangan sehingga RM72 juta daripada LUAS.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, terdapat beberapa lagi tambahan yang dikemukakan termasuk daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Worldwide Holdings Berhad (Worldwide) masing-masing sebanyak RM2.15 juta dan RM2.03 juta.

“Kedua-dua peruntukan yang disediakan itu sebahagiannya digunakan untuk Jelajah Ehsan Rahmah dan juga program seperti sumbangan lembu dan kambing korban sempena Aidiladha.

“Kita juga mendapat satu hasil baharu yang diberikan oleh badan berkanun LUAS, pada tahun ini anggaran kita ialah pada sekitar RM17.5 juta sehingga RM18 juta,” katanya pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-15, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Danial Al- Rashid Harun Aminar Rashid berkenaan prestasi kewangan serta sumber perolehan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Amirudin yang juga ADUN Sungai Tua turut menjawab soalan tambahan daripada ADUN Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kasim berhubung tambahan sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan sehingga 15 peratus berbanding kadar semasa 10 peratus.

Menurut Muhammad Izuan, Selangor sebagai penyumbang Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) terbesar kepada negara wajar mendapat sumbangan besar daripada Kerajaan Persekutuan sebagaimana Terengganu memperolehi 80 peratus jumlahnya.

Bagaimanapun, Amirudin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan Selangor menjelaskan sumbangan Kerajaan Persekuuan tertakluk kepada beberapa perkara yang mana jumlahnya berdasarkan tahap pembangunan ekonomi infrastruktur dan kesejahteraan hidup.

“Dari semasa ke semasa, kerajaan negeri mengemukakan cadangan atau permohonan, contoh pengurusan cerun. Kebetulan pengumuman Belanjawan 2025 (Persekutuan) baru-baru ini hampir RM500 juta untuk pengurusan cerun melibatkan tanah runtuh di Batang Kali dan Hulu Langat tempoh hari, kesemua peruntukan-peruntukan itu diuruskan oleh kerajaan negeri.

“Hampir semua, semua proses pemulihan diuruskan oleh kerajaan negeri, dalam masa sama ada beberapa kaedah yang boleh diguna pakai oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU) yang mengeluarkan formula supaya kita dapat mengenengahkan kaedah pembinaan masjid.

“Sebahagian pembinaan masjid boleh kita katakan menggunakan sebahagian peruntukan daripada kerajaan negeri dan sebahagian menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya