Dua 'sang bedal' muncul di jeti Bagan Terap

Dua ‘sang bedal’ muncul di jeti Bagan Terap

Sang bedal
DUA buaya tular muncul dekat jeti Sungai Bagan Terap, Sungai Besar, di Sabak Bernam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Penduduk gempar dengan penemuan dua ekor buaya yang muncul di sekitar jeti Sungai Bagan Terap, Sungai Besar di sini, baru-baru ini.

Kehadiran reptilia sepanjang 1.5 meter (m) itu disedari kira-kira pukul 9 malam, Selasa lalu sebelum rakaman video tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Wan Mohd. Adib Wan Mohd. Yusoh berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai perkara itu, kira-kira pukul 3.30 petang kelmarin dan menggerakkan sepasukan anggota dan pegawai Perhilitan Sabak Bernam kemudian menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Siasatan mendapati perakam video itu datang ke jeti Bagan Terap bagi melihat dan memantau sampan miliknya. Sebaik tiba di jeti itu, individu berkenaan melihat dua ekor buaya anggaran panjang 1.5m timbul di permukaan sungai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Tambahnya, hasil temubual dengan penduduk mendapati mereka turut sedia maklum sungai adalah habitat asal buaya.

“Justeru, saya menasihatkan mere sentiasa berwaspada melakukan aktiviti di sungai dan segera melaporkan kepada Perhilitan sekiranya ternampak kelibat hidupan liar tersebut.

“Orang ramai juga tidak boleh mengambil tindakan sendirian dan aduan perlu disalurkan terus melalui talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya