Dua sahabat baik ajal bersama

Dua sahabat baik ajal bersama

MOHAMAD Nasrul Azwan Mohd. Adnan menunjukkan gambar kenangan bersama arwah isterinya, Nurul Farhana Yahaya dan anak tunggal mereka, Emir Rayyan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: “Mereka berdua berulang alik setiap hari dari Jerantut ke tempat kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Purut sejak empat tahun lalu dan tidak sangka bertemu ajal bersama.”

Demikian kata Mohamad Nasrul Azwan Mohd. Adnan, 33, suami pembantu tadbir SK Limau Purut, Nurul Farhana Yahaya, 31, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 15 Jalan Lipis-Jerantut di Kampung Jeram Bungor di sini kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin.

Kejadian melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori itu turut meragut nyawa sahabat baik Nurul Farhana, Nurshida Md. Najib, 38 yang bertugas sebagai pembantu operasi di sekolah sama.

Mohamad Nasrul berkata, dia menerima berita kemalangan tersebut pukul 4 petang setelah dihubungi oleh pihak sekolah.

“Awalnya mereka memaklumkan isteri hanya kemalangan biasa dan meminta saya segera ke Hospital Kuala Lipis. Namun ketika dalam perjalanan pegawai polis pula menghubungi saya dan memaklumkan isteri sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Lipis di sini.

Mohamad Nasrul yang merupakan kakitangan Risda Daerah Jerantut berkata, kali terakhir mereka berjumpa adalah pagi hari kejadian sebelum masing-masing bergerak ke tempat kerja dan tiada perubahan ketara ditunjukkan arwah isterinya.

Sementara itu, suami kepada arwah Nurshida, Zuwairi Amdan, 43, berkata, dia berasa tidak sedap hati apabila dihubungi oleh jiran yang memaklumkan isterinya terlibat kemalangan.

“Arwah isteri nak sangat tukar ke Jerantut sebab letih berulang alik ke Lipis. Tambahan pula kami ada dua anak masih kecilr iaitu Aqeel Luthfi, 6, dan Aisyah Inara, 3. Walaupun sedih dengan kejadian yang berlaku namun kami sekeluarga reda tambahan pula arwah pergi semasa dia sedang bertugas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya