Dua projek laluan alternatif atasi kesesakan Jalan Seremban-Kuala Pilah siap 2027 - Utusan Malaysia

Dua projek laluan alternatif atasi kesesakan Jalan Seremban-Kuala Pilah siap 2027

AMINUDDIN Harun pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Yang Ke-15 di Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua projek pembinaan jalan alternatif bagi mengatasi kesesakan teruk di Jalan Seremban-Kuala Pilah iaitu membabitkan laluan Seri Menanti-Ulu Sepri dan Kampung Guntur-Langkap masing-masing dijangka siap pada tahun 2026 dan 2027.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, status semasa kedua-dua projek pembinaan jalan itu kini berada di peringkat pelaksanaan kerja-kerja penyiasatan tanah dan pengambilan tanah dan penyediaan laporan bagi kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) kepada Jabatan Alam Sekitar.

“Kerja-kerja bagi projek ini sedang giat dilaksanakan. Terdapat beberapa isu teknikal di tapak yang menyebabkan perjalanan projek ini menjadi lewat. Dijangkakan kerja-kerja fizikal bagi kedua-kedua projek ini dapat dilaksanakan sebaik sahaja proses pengambilan tanah dan EIA diselesaikan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam negeri berkata demikian pada Sesi Pertanyaan Lisan (Hari Keempat) Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Yang Ke-15 di sini hari ini.

Aminuddin menjawab soalan Muhammad Sufian Maradzi (BN-Seri Menanti) berkenaan status pembinaan jalan berkenaan dan jangkaan disiapkan berikutan hampir empat tahun projek itu tertangguh.

Sementara itu, menurutnya, kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran sedang giat melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sungai iaitu dengan mengalih halangan dan mengalur seksyen sungai secara berkala termasuk bagi tujuan mengawal isu banjir.

“Kerja-kerja penyelenggaran ini tidak melibatkan melebar atau mendalamkan sungai dan membawa keluar material on site ke luar tapak kerana ia melibatkan kos yang tinggi,” jelasnya bagi menjawab soalan lisan Datuk Bakri Sawir (PH-Klawang) mengenai kawalan banjir dan senggaraan sungai di negeri ini.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya