KUALA LUMPUR: Dua kilang papan dan besi di Jalan Welfare, Kampung Baru Cina Sungai Buloh, di sini, musnah, dalam kebakaran pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada 6.36 pagi.
Menurutnya, seramai 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Bukit Jelutong, BBP Selayang dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba kebakaran membabitkan dua kilang papan dan besi, terbakar 60 peratus.
Kebakaran tidak membabitkan mangsa dan api marak di mana kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan.- UTUSAN