Dua Exco dari Bersatu gugur, Abu Bakar, Marzita dan Redzuan pula ‘naik’

Dua Exco dari Bersatu gugur, Abu Bakar, Marzita dan Redzuan pula ‘naik’

ABU Bakar Hamzah mengangkat sumpah jawatan Exco dalam majlis istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri di Bilik Hijau Istana, Arau, Perlis hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pentadbiran kerajaan negeri terus menyaksikan rombakan dalam tempoh dua tahun apabila dua Exco kerajaan negeri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digugurkan dengan dilantik tiga Exco baharu.

Mereka yang digugurkan itu ialah Megat Hashirat Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh, dan
Wan Zikri Afhtar Ishak juga merupakan ADUN Tambun Tulang yang sebelum ini masing-masing memegang portfolio Kesihatan dan Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan negeri.

Menerusi penyusunan semula portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan itu, tiga
ADUN baharu dilantik itu masing-masing dua dari Bersatu dan tambahan dari Pas.

Tiga wakil rakyat berkenaan adalah ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah yang juga merangkap Pengerusi Bersatu negeri, ADUN Sena, Datin Marzita Mansor dan ADUN Guar Sanji dari Pas, Mohd Ridzuan Hashim.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Bilik Hijau Istana Arau di sini.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Majlis itu turut disaksikan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Rahimi Ismail dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Rus’sele Eizan.

Sementara itu, Exco yang kekal masing-masing Izizam Ibrahim; Muhammad Azmir Azizan; Asrul Aimran Abd Jalil; Razali Saad dan Wan Badariah Wan Saad yang menyaksikan komposisi lima wakil dari Pas dan tiga Bersatu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN