HULU TERENGGANU: Nasi ayam dan laksa Penang merupakan antara masakan ibu paling dirindui dua beradik anak pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang, Kelantan, 25 Oktober lalu. Nur Jihan Irdina Mohd. Junaizi, 13, berkata, walaupun dia dan adiknya, Nur Anis Zahra Nazihah, 12, masih boleh menikmati menu tersebut, namun ia berbeza dengan air tangan ibu mereka. Menurutnya, arwah ibunya sering menyediakan masakan tersebut terutama ketika dia pulang dari asrama di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu. “Berbanding saya, Nur Anis Zahra lebih kerap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya