Doktor pakar, fasiliti KKM kena seimbang

Doktor pakar, fasiliti KKM kena seimbang

DR. SHARIFA EZAT WAN PUTEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan dicadang menyeimbangkan penambahan fasiliti kesihatan dengan jumlah pakar perubatan yang ada bagi memastikan keberkesanan sistem penjagaan kesihatan negara.

Pakar Kesihatan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, tumpuan terhadap pembinaan hospital baharu tidak mencukupi kerana banyak klinik dan hospital kerajaan sedia ada berdepan isu kekurangan doktor pakar dengan jumlah jururawat yang lebih ramai.

Menurut beliau, situasi itu bukan sahaja membebankan sistem penjagaan kesihatan awam malah turut menyukarkan rakyat mendapatkan rawatan terbaik.

“Membina hospital atau klinik baharu tanpa disertakan dengan sumber manusia dan peralatan perubatan yang mencukupi hanya akan menambah beban kepada sistem kesihatan.

“Bajet yang diperuntukkan seharusnya lebih seimbang dengan memfokuskan juga kepada baik pulih serta penambahbaikan fasiliti sedia ada terutama di klinik kesihatan primer,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahalu, akhbar ini melaporkan, langkah penambahan fasiliti kesihatan terutama hospital dipersoal kerana dikhuatiri tidak dapat menyediakan kakitangan untuk berkhidmat.

Mengulas lanjut, Sharifa berkata, kekurangan pakar perubatan dalam sektor awam berlaku kerana ramai beralih ke sektor swasta atau luar negara disebabkan ditawarkan gaji yang lebih tinggi dengan beban kerja lebih rendah.

Katanya, hospital dan klinik baharu hanya akan efektif sekiranya turut dilengkapi dengan jumlah doktor pakar yang mampu memenuhi keperluan pesakit di kawasan tersebut.

“Isu ‘brain drain’ atau penghijrahan pakar ke sektor swasta dan luar negara adalah cabaran yang dihadapi oleh banyak negara termasuk Malaysia. Kerajaan telah mencuba inisiatif seperti program ‘full paying patient’ di hospital kerajaan namun ia masih belum cukup untuk mengekalkan pakar dalam sektor awam.

“Langkah lebih proaktif perlu diambil bagi memastikan kakitangan perubatan berkualiti kekal dalam perkhidmatan awam. Salah satu cadangan ialah memberi kelonggaran untuk pakar-pakar ini berkhidmat juga di sektor swasta secara terhad,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya