Dewan Rakyat: Persidangan tiga negara tumpuan hari ini - Utusan Malaysia

Dewan Rakyat: Persidangan tiga negara tumpuan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persidangan Dewan Rakyat hari ini memberi tumpuan kepada isu utama yang dibincangkan pada persidangan antarabangsa di Peru, Brazil dan Riyadh, selain menilai tahap pencapaian Kerajaan MADANI setelah genap dua tahun pentadbiran.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang diterbitkan di laman rasmi Parlimen Malaysia, Dr. Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) akan bertanya kepada Perdana Menteri mengenai isu-isu penting yang diketengahkan pada Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Peru.

Beliau juga ingin mengetahui butiran isu yang dibincangkan pada Sidang Kemuncak G20 di Brazil dan keputusan Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi serta bagaimana hasil persidangan ini dapat memberikan manfaat kepada Malaysia.

Pada sesi sama, Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) akan mengajukan soalan kepada Perdana Menteri mengenai tahap pencapaian Kerajaan MADANI sepanjang dua tahun pentadbiran.

Beliau turut meminta penjelasan tentang pelaksanaan janji reformasi, termasuk usaha memerangi rasuah, memperkukuh integriti institusi, memperkasakan demokrasi serta menjamin kebebasan media dan hak bersuara rakyat.

Sementara itu, pada sesi soal jawab lisan, Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) akan meminta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mencegah dan menangani banjir kilat di ibu kota.

Beliau juga ingin mendapatkan senarai projek pembangunan yang telah diluluskan DBKL di kawasan sekitar kolam takungan banjir sejak tahun 2014.

Di samping itu, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) akan bertanya kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai program serta libat urus yang sudah dilaksanakan antara kementerian tersebut dengan kerajaan negeri di seluruh negara serta pencapaian setakat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya