DBKL tubuh jawatankuasa Pengurusan Insiden Awam tangani isu banjir kilat - Utusan Malaysia

DBKL tubuh jawatankuasa Pengurusan Insiden Awam tangani isu banjir kilat

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Insiden Awam Kuala Lumpur bagi menangani isu banjir kilat di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, jawatankuasa tersebut turut memberi bantuan segera iaitu kurang setengah jam ke atas mangsa banjir kilat di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan mengaktifkan bantuan bagi tempoh kurang setengah jam ‘response time’ daripada waktu menerima amaran awal banjir jalan atau banjir kilat.

“Jawatankuasa terbabit dibantu agensi lain seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Lumpur.

“Seramai 490 petugas dalaman DBKL akan siap siaga di lapangan dengan dibantu petugas pasukan pemantauan secara visual melalui lebih 60 unit kamera litar tertutup (CCTV) di bilik gerakan khususnya di kawasan berisiko yang dikenal pasti termasuk memantau kawasan sungai, parit dan kolam takungan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) yang meminta menyatakan langkah diambil DBKL untuk mencegah dan menangani banjir kilat di Kuala Lumpur.

Zaliha menambah, satu langkah proaktif akan dilaksanakan iaitu semua ‘variable message system’ (VMS) atau papan iklan LED di bawah seliaan DBKL akan memaparkan status semasa cuaca dan amaran kemungkinan berlakunya banjir kilat mulai esok.

“Kita mendapat kerjasama daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan JPS. Ini kita akan mulakan dengan papan iklan LED di Menara DBKL terlebih dahulu. Jadi, rakyat atau penduduk di Kuala Lumpur boleh mengambil langkah awal jika kita memberi amaran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya