Dapur ada najis tikus, dua hotel di Ayer Keroh diarah tutup

Dapur ada najis tikus, dua hotel di Ayer Keroh diarah tutup dapur

KEADAAN dapur sebuah hotel yang kotor di Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengarahkan dua hotel yang beroperasi di Ayer Keroh di sini menutup bahagian dapur mereka selepas didapati kotor dan mempunyai najis tikus.

Pengarah JKN Melaka, Dr. Ruzita Mustaffa berkata, operasi yang dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan bersama Unit Inspektorat dan Perundangan itu telah memeriksa sebanyak 41 hotel, pada 11 dan 12 November lalu.

Ujarnya, dua hotel terlibat diarahkan menutup bahagian dapur selama 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana terlalu kotor dengan penemuan najis tikus dan lipas.

“Operasi dilakukan di bawah Akta Makanan 1983, advokasi Akta Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dan kebersihan persekitaran hotel di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

“Manakala bagi kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 sebanyak 33 kompaun kesalahan telah dikeluarkan dengan nilai RM11,475,” katanya.

Tambah Ruzita, pihaknya turut melaksanakan pemeriksaan kebersihan persekitaran premis dengan enam hotel dikesan mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik.

Jelasnya, ia dilaksanakan sebagai persiapan sempena pemilihan Melaka sebagai tuan rumah Hari Pelancongan Dunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2025.

“Bagi advokasi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, pihak pengurusan hotel diberi penerangan berkaitan penguatkuasaan pelabelan tanda larangan merokok yang baru selaras dengan pewartaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya