Daim dilepas dan dibebaskan tuduhan gagal isytihar aset

Daim dilepas dan dibebaskan tuduhan gagal isytihar aset

NAIMAH Khalid keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas Hakim, Azura Alwi memutuskan Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dilepaskan dan dibebaskan, di sini semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Tanpa tuan punya badan, bagaimana prosiding hendak diteruskan? Pertuduhan berkaitan dengan individu, sekiranya di akhir perbicaraan Tun Daim disabitkan, siapa yang hendak bayar denda atau masuk penjara?”

Itu hujah ringkas Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin apabila membantah permohonan peguam bela, Datuk Dr. Gurdial Singh Nijar agar kes terhadap bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin diteruskan.

Terdahulu, peguam terbabit memberitahu kes tersebut perlu diteruskan bagi membersihkan nama bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu.

“Sehingga ke akhir hayatnya, Tun Daim sering menyatakan ingin membersihkan namanya daripada tuduhan yang dianggapnya sebagai tidak berasas. Sekiranya pendakwaan menarik balik kes pada ketika ini, beliau tidak boleh membersihkan namanya dan keluarga akan menanggung kesulitan.

“Jadi kami merayu agar meneruskan kes ini dengan perbicaraan agar dapat diputuskan (kemudian) sama ada terdapat asas atau sebaliknya. Sekiranya dihentikan, maka perintah yang wajar diberikan ialah Tun Daim dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan,”kata peguam itu.

Peguam itu berkata demikian selepas Wan Shaharudin memaklumkan pendakwa tidak lagi berniat meneruskan kes memandangkan tertuduh sudah meninggal dunia.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Azura Alwi memerintahkan agar Daim dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Daim atau nama penuhnya Che Abdul Daim Zainuddin meninggal dunia pada 13 November lalu ketika mendapatkan rawatan di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya