BEIJING: China dilihat sedang membina kapal pengangkut pesawat baharu dan luar biasa, yang menarik minat pakar kerana rekaannya berpotensi meningkatkan keupayaan maritim Beijing. Imej satelit daripada Planet Labs menunjukkan sebuah kapal dengan dek rata dan terbuka yang besar sedang dalam pembiaan di Guangzhou Shipyard International di Pulau Longxue, di wilayah selatan Guangdong. Bekas komander kapal selam Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Thomas Shugart berkata, kapal pengangkut pesawat itu berbentuk dan berukuran agak luar biasa. Katanya, ukuran itu jauh lebih kecil daripada kapal pengangkut pesawat tentera laut China dan kapal amfibia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya