Charity Box Yayasan Pekema bantu warga emas, artis uzur

Charity Box Yayasan Pekema bantu warga emas, artis uzur

Charity Box
PEKEMA menghulurkan sumbangan berjumlah RM40,900 kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra di Ampang, Selangor, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) melancarkan ‘Charity Box Yayasan Pekema’ sebagai salah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR), semalam.

Program itu turut mendapat sokongan daripada anak syarikat Pekema, Central Auto Distributors Berhad (CADB) yang menyumbang dua buah kenderaan elektrik (EV) Dongfeng Box sebagai kenderaan rasmi sepanjang perjalanan program.

Sempena pelancaran program itu di Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra di Ampang, Selangor atau juga dikenali sebagai ‘Mesra Home’, Yayasan Pekema telah memberikan menghulurkan sumbangan berjumlah RM40,900.

Presiden Pekema, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, daripada jumlah itu, peruntukan terbesar disalurkan dalam bentuk sumbangan sebanyak RM20,000.00 untuk menambah baik premis rumah jagaan itu.

Beliau berkata, Yayasan Pekema berharap program itu dapat memberikan sinar kebahagiaan kepada warga emas yang telah banyak berbakti dan berkorban untuk masyarakat.

“Program ini bukan sahaja menggambarkan komitmen kita terhadap kesejahteraan golongan warga emas, tetapi ia adalah satu inisiatif besar yang akan memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya mereka yang memerlukan perhatian dan kasih sayang kita.

“Inilah contoh bagaimana kerjasama antara sektor korporat dan yayasan dapat mencipta impak yang lebih besar dalam usaha murni kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut beliau berkata, selain warga emas, program tersebut turut menyasarkan golongan artis serta karyawan yang menghadapi kesulitan ketika ini.

Sementara itu, Pengarah Operasi CADB, Datuk Sheikh Mohamed Zulkifli SM Amin berkata, beliau berbesar hati dan berasa sangat teruja kerana diberi kesempatan untuk menjadi pembekal kenderaan rasmi Dongfeng Box bagi program terbabit.

“Kami berharap kerjasama ini bukan sahaja dapat memudahkan perjalanan program, tetapi juga dapat memperkukuh lagi hubungan antara CADB dan Yayasan Pekema dalam mencapai matlamat kebajikan bersama,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN