Budaya buli di pusat pendidikan mesti dihentikan - PM - Utusan Malaysia

Budaya buli di pusat pendidikan mesti dihentikan – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Budaya buli di pusat pendidikan sama ada di universiti dan sekolah yang merupakan satu bentuk penganiayaan kepada generasi muda mesti dihentikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pentadbiran dan pengurusan sekolah serta universiti mesti melihat perkara itu sebagai satu tanggungjawab untuk menghentikan segera amalan buli pelajar.

Katanya, budaya seumpama itu tidak seharusnya berlaku di semua pusat pendidikan dalam negara ini.

“Saya bagi nasihat secara umum, jangan berlaku (buli) di sekolah, sekolah menengah, maahad tahfiz, sekolah Cina.

“Ini kene pastikan sama ada guru besar, naib canselor, pengetua kolej untuk tanggungjawab melihat hentikan budaya buruk buli, kerana terlalu banyak aduan.

“Kita nampak apabila terbongkar di media sosial, ini mesti dihentikan, aniaya anak-anak,” katanya ketika ditemui media selepas Program Temu Anwar yang berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar dalam program itu berkata, tiada tolak ansur dalam budaya buli dalam universiti dan pusat pendidikan.

Beliau memberi amaran tegas itu terhadap amalan buli yang berlaku sama ada di pusat pendidikan tinggi dan sekolah.

Kata Anwar, amalan seumpama itu tidak boleh berlaku dalam pusat ilmu apatah lagi menganggapnya sebagai satu budaya biasa.

Mengulas kejadian membabitkan Pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) UPNM, Anwar berkata, perkara itu di bawah urusan polis.

Baru-baru ini, seorang Pegawai kadet ALK UPNM, dipercayai menjadi mangsa buli pelajar senior.

Individu itu difahamkan didera menggunakan seterika yang ditekap pada dadanya sehingga meninggalkan kesan lecur.

Kejadian itu terbongkar apabila jurulatih yang melakukan pemeriksaan menyedari terdapat kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya