Buah keranji laku di pasaran

Buah keranji laku di pasaran

MOHD. Nasri Yusof menjemur buah keranji di halaman rumahnya di Kampung Gunung, Hulu Terengganu, semalam. – UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Ketibaan musim buah keranji memberi pendapatan sampingan kepada seorang warga emas dari Kampung Gunung, dekat sini.

Mohd. Nasri Yusof, 64, berkata, kbuah nadir yang berbuah dari Oktober hingga November itu mendapat permintaan tinggi di pasaran termasuk luar Terengganu seperti Pulau Pinang dan Kedah.

Menurutnya, aktiviti mencari buah tersebut telah menjadi rutinnya dan ahli keluarga sejak 30 tahun lalu.

“Apabila tiba musim buah keranji, saya dan ahli keluarga antara 10 hingga 15 orang akan ke kebun kenalan lama di Hulu Dungun untuk dapatkan buah ini.

“Terdapat lebih kurang 10 batang pokok keranji di kawasan itu dan berbuah lebat setiap kali musim buah tersebut,” katanya ketika ditemui di Kampung Gunung di sini, semalam.

Tambah datuk sembilan cucu ini, pokok keranji akan dipanjat ahli keluarganya dan dicantas dahan serta rantingnya, kemudiannya baru buahnya dipetik.

Katanya, dia mampu peroleh antara 15 hingga 20 kilogram setiap kali pergi ke sana dan musim kali ini dia sekeluarga baharu saja mencarinya bemula lebih dua minggu lepas.

“Buah keranji yang dibawa pulang akan dijemur terlebih dahulu selama sehari bagi pastikan buah ini lebih tahan lama serta tidak mudah berkulat,” ujarnya.

Katanya, buah keranji senang dimakan dengan hanya memicit kulitnya sebelum dikemam dan isinya yang berwarna oren coklat mempunyai rasa masam-masam manis.

“Buah keranji yang diawet boleh bertahan sehingga dua tahun dan boleh juga dijadikan bahan masakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya