Bersatu lebih sesuai kemudi PN

Bersatu lebih sesuai kemudi PN

Abu Bakar Hamzah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Parti Bersatu Malaysia (Bersatu) lebih sesuai untuk kekal mengemudi Perikatan Nasional (PN) berdasarkan kebanyakkan pemimpinnya mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan.

Meskipun tidak dinafikan Pas mempunyai kekuatan akar umbi, namun Bersatu dilihat mempunyai lebih pengalaman dalam mengetuai gabungan itu khususnya dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-17 (PRU17).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Abu Bakar Hamzah berkata, pengalaman Bersatu dan kekuatan akar umbi Pas itu menjadi kekuatan kepada kerjasama dalam PN.

Katanya, pengalaman luas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini memberi kekuatan untuk parti itu mengemudi PN.

“Pas sememangnya diakui mempunyai akar umbi yang kuat dan Bersatu mempunyai pengalaman di dalam kerajaan dan pengalaman itu sesuai untuk Bersatu mengemudi gabungan tersebut.

“Dalam masa sama, Bersatu juga akan terus mengukuhkan akar umbi parti itu dalam mendepani pilihan raya akan datang,” katanya.

Dalam laporan akhbar ini baru-baru ini, penganalisis politik melihat Pas lebih layak dan sesuai mengemudi PN berbanding Bersatu bagi menghadapi PRU16.

Penganalisis politik Prof. Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain dilaporkan berkata, ia disebabkan kepercayaan yang semakin menghakis dalam kalangan rakyat dan akar umbi sehingga menyebabkan sokongan kepada Bersatu semakin lemah ketika ini.

Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Mazlan Ali pula berkata, kesan daripada kestabilan negara yang semakin mengukuh menyebabkan Bersatu semakin ditolak rakyat dan ahlinya.

Bekas Ahli MPT Bersatu, Dr. Muhammad Faiz Na’aman juga melihat keperluan Pas mengemudi PN memandangkan parti itu lebih berkuasa dan dominan selepas memerintah empat negeri berbanding Bersatu yang tidak mempunyai kuasa di peringkat negeri.

Sementara itu, Abu Bakar berkata, gandingan mantap Muhyiddin dan Hamzah bersama trio Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin akan membantu mengukuh dan menguatkan Bersatu.

“Barisan kepemimpinan tertinggi itu diyakini akan membawa perubahan kepada parti tersebut khususnya dalam mendepani PRU16,” katanya yang juga Pengerusi Bersatu negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya