Bersatu Kluang bertukar kepimpinan, Coach Haizan kini timbalan ketua

Bersatu Kluang bertukar kepimpinan, Coach Haizan kini timbalan ketua

BARISAN kepimpinan Bersatu Bahagian Kluang baharu diketuai Talib Md. Salleh (tujuh dari kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Barisan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Bahagian Kluang (Bersatu) bertukar apabila semua penyandang tampuk utama parti itu kalah dalam pemilihan, kelmarin.

Setiausaha Bersatu Bahagian Kluang, Azman Amir berkata, jawatan Ketua Bersatu Bahagian Kluang dimenangi oleh Ketua Bersatu Cawangan Mengkibol Barat, Talib Md. Salleh yang menewaskan penyandangnya, Mohamad Noor Linggan dan Naib Ketua Bersatu Bahagian Kluang, Zulkarnain Alias.

“Bagi jawatan Timbalan, ia kini disandang oleh bekas calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota September lalu, Mohamad Haizan Jaafar atau lebih popular dengan panggilan Coach Haizan.

“Mohamad Haizan menewaskan dua pencabarnya, iaitu Ketua Bersatu Cawangan Sri Tengah, Zulkifli Samuri dan Ketua Penerangan Bersatu Bahagian Kluang, Kamal Ariffin Abdul Rahman,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Azman, jawatan Naib Ketua Bersatu Bahagian Kluang pula disandang Mohd. Firdaus Mohd. Yunos yang menewaskan Abu Azman Azmi dalam pertembungan satu lawan satu.

Rizana Rashid pula terpilih sebagai Ketua SriKandi Bahagian Kluang selepas mengalahkan penyandangnya, Ruby Sukir.

“Jawatan Ketua Armada Bersatu Bahagian Kluang dan ahli jawatankuasanya pula tiada pertandingan dan mengekal penyandang sedia ada,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya