Berhibur di Golok: Polis Thailand jalankan ujian urin secara berkala kesan penyalahgunaan dadah

Berhibur di Golok: Polis Thailand jalankan ujian urin secara berkala kesan penyalahgunaan dadah

PIHAK Polis Thailand menjalankan ujian urin secara berkala bagi mengesan penyalahgunaan dadah di pusat-pusat hiburan di Pekan Sungai Golok, Thailand-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI GOLOK, THAILAND: Polis Thailand menjalankan ujian urin secara berkala dan mengejut ke atas pengunjung pusat-pusat hiburan di sini dalam usaha membendung penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jadsadavit Inprapan berkata, ujian tersebut turut dijalankan setiap kali acara besar berlangsung di sekitar kawasan ini.

“Pemeriksaan itu bagi memastikan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pengunjung tidak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas isu rakyat Malaysia khususnya dari Kelantan yang gemar berhibur di Golok.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, golongan muda dari negeri ini gemar ke kelab malam di Golok, Thailand untuk berhibur setiap kali hujung minggu iaitu pada malam Jumaat dan Sabtu.

Kebanjiran mereka ke situ menyebabkan ada yang perlu menunggu ‘syif’ atau giliran untuk memasuki kawasan tersebut untuk berhibur.

Susulan itu, Polis Kelantan akan menjalankan ujian saringan air kencing secara mengejut bagi mengesan rakyat Malaysia yang terlibat penyalahgunaan dadah semasa berhibur di Thailand.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, ujian yang dilakukan tanpa diketahui oleh mana-mana pihak itu akan dilakukan me­lalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Ke­selamatan (ICQS) di negeri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya