Bekas peserta program realiti komedi ditahan disyaki merogol

Bekas peserta program realiti komedi ditahan disyaki merogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang bekas peserta sebuah program realiti komedi stesen televisyen berbayar ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan di sekitar bandar raya ini, awal pagi tadi.

“Suspek telah dikenakan perintah tahanan reman selama lima hari bermula hari ini.

“Polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan dikenakan hukuman sebat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN