Beg plastik sekali guna mungkin dihentikan 2026 - Utusan Malaysia

Beg plastik sekali guna mungkin dihentikan 2026

Beg plastik
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Memandang serius bahana mikroplastik, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRECC) sedang mempertimbangkan untuk menghentikan pemberian beg plastik sekali guna di seluruh negara seawal tahun 2026.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, setakat ini, dua negeri dan satu daerah iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu sudah pun melaksanakan dasar tiada beg plastik sekali guna.

Katanya, Wilayah Persekutuan pula secara dasarnya juga sudah tidak lagi memberikan beg plastik sekali guna konvensional dan menggalakkan penggunaan beg plastik biodegradasi.

“Kementerian telah menerima maklum balas positif daripada sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing yang telah dijalankan di sembilan negeri.

“Libat urus seterusnya akan dijalankan di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) yang meminta penjelasan kemajuan dalam pelaksanaan Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik 2018-2030 dan Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik 2021-2030.

Untuk rekod, Pelan Beg Plastik Sekali Guna (SUP) menyasarkan sifar sisa plastik sekali guna pada 2030.

Nik Nazmi berkata, pelaksanaan Pelan SUP akan dilakukan secara berfasa bagi memastikan penghapusan plastik sekali guna dilaksanakan dengan teratur.

Katanya, pihaknya sedang mengenal pasti dan menyediakan senarai awal bagi plastik sekali guna yang bermasalah, tidak diperlukan dan boleh dielakkan.

“Melalui senarai ini, penghapusan dan pengurangan plastik sekali guna dilaksanakan secara bersasar.

“Antara inisiatif diambil oleh kerajaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri adalah dengan mengenakan caj pencemaran minima sebanyak 20 sen ke atas beg plastik konvensional di premis tetap.

“Ini adalah selaras dengan pendekatan user pay principle yang mana ia akan berfungsi sebagai pencegahan bagi mengurangkan penggunaan dan pencemaran plastik sekali guna,” katanya.

Negeri yang telah melaksanakan pendekatan user pay principle adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah dan Perlis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya