Beg berisi wang RM1 juta hilang - Utusan Malaysia

Beg berisi wang RM1 juta hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta dalam kejadian di Ampang Point, di sini, semalam.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, wang berkenaan dilaporkan hilang selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point.

“Kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan kejadian berkenaan berlaku ketika pemandu van keselamatan menyedari pintu van terbuka.

Individu berkenaan membuat pemeriksaan dan mendapati satu beg berisi wang tunai tiada dipercayai terjatuh.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya