BBP Rantau Panjang tetap beroperasi walaupun ditenggelami banjir

BBP Rantau Panjang tetap beroperasi walaupun ditenggelami banjir

TANGKAP layar keadaan Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Kelantan yang ditenggelami banjir hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang di sini tetap beroperasi seperti biasa walaupun premis itu ditenggelami banjir sejak awal pagi tadi susulan hujan lebat dan limpahan air Sungai Golok.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Zainal Madasin ketika dihubungi berkata, anggota pasukan itu masih lagi menjalankan tugas menyelamat mangsa banjir di kawasan berkenaan.

“Ketika ini paras air di dalam balai 0.6 meter. Operasi memindahkan mangsa banjir masih berjalan seperti biasa

“Situasi itu tidak menggugat semangat anggota untuk bertugas,” katanya.

Zainal memberitahu, BBP Rantau Panjang masih menjalankan fungsi sebagai Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) untuk banjir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya