Banjir: Tujuh PPS dibuka di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Banjir: Tujuh PPS dibuka di Negeri Sembilan

ANGGOTA APM Kuala Pilah menyelamatkan mangsa terjejas banjir untuk dibawa ke PPS yang telah dibuka sejak awal pagi tadi.-GAMBAR/IHSAN APM KUALA PILAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Sebanyak tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini hari ini melibatkan daerah Tampin dan Kuala Pilah susulan banjir selepas hujan berterusan berlaku sejak semalam.

Menurut laman sesawang Info Bencana JKM, setakat pukul 8 pagi ini, seramai 274 orang mangsa telah ditempatkan di kesemua PPS terlibat yang terdiri daripada 97 buah keluarga.

Di Tampin, lima buah PPS telah dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Keru, SK Felda Sungai Kelamah, Dewan Felda Jelai 4, Masjid Felda Jelai 4 dan SK Gedok.

Di Kuala Pilah pula, dua buah PPS telah dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Dangi dan SK Undang Johol.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Nazri Mes Kam ketika dihubungi berkata, jumlah terkini mangsa yang diselamatkan bagi dibawa ke PPS sedang dikemaskini kerana operasi pindah banjir masih lagi berjalan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya