KOTA BHARU: Sebanyak 111 pencawang di empat daerah di negeri ini telah ditutup susulan situasi banjir yang semakin meruncing.
TNB menerusi satu hantaran di laman sosial rasmi TNB CareLine berkata, setakat pukul 2 petang tadi pihaknya telah menutup operasi di beberapa kawasan Kota Bharu, Bachok, Tumpat dan Pasir Mas.
Menurutnya, langkah itu bagi memastikan keselamatan pengguna berada pada tahap terbaik.
“Di Pasir Mas kita telah menutup 46 pencawang iaitu Prima Lubok Jong, Taman Desa Wirajaya, Kusar, Danau, Serendah, Serongga, Gual Pinang, Merbau Serongga, Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Sitok dan Pondok Gual Dalam.
“Selain itu, Lubuk Setol, Gual Tambun, Kampung Rahmat, Limau Purut, Mountain Ore, Degong, Kok Pauh, Banggol Kulim, Kubang Rambutan, Air Teniat, Padang Nyior, Tanjung Erat, Kilang SBK Readymix, Jayamas Sawmill serta Kilang Konkrit,” katanya.
TNB CareLine memberitahu, OSD Industries, Kilang Atas Genting, Taman Sri Naim, Pantai Timur Mart, Sinaran Stell, Kubang Jong, Kilang Billet, Bandar Baru Pasir Mas, PPR PMS, Kusar, Taman Desa Asyraf, Perumahan Rakyat Risda,Taman Sri Mas, JPT Repek, Lubok Jong, Taman Bej Puncak Nering, Gual Nering, JPS Bendang Guchil, Gual Sitok, Sekolah Menengah Penggu dan Perol Raja antara lokasi lain pencawang ditutup di Pasir Mas.
Katanya, sementara itu G-Orange, Taman Sri Kulim, Pusat Usahawan Melor, Taman Jaza, Perumahan Hutan Pasir, Taman Pinggiran Atira, Pondok Tunjong, Ccc Sec 1 dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Tunjong antara lokasi pencawang di Kota Bharu yang telah ditutup.
“Di Bachok pula dua iaitu Taman KPRK Kampung Budi dan Jejulok. Tumpat pula melibatkan 19 kawasan melibatkan PAM Teluk Jering, Kampung Kubang Sawa, Kampung Jelujok, HP Kajang Sebidang, Bendang Pak Yong, HP Kilang Papan Jafar, Pisau Raut, SRK Simpangan, Rumah PAM Simpangan, Padang Mandul, JAL Besar, Kilang Simen Jal, PAM Bendang Ana, Telok Jering, HP Cherang Melintang, Kilang Padi Padang Mandul, HP Jal Kecik, Banggol Judah dan JPS Pengkalan Nangka,” ujarnya.
Menurut kenyataan itu lagi, terdapat tujuh lokasi pencawang yang telah ditutup di Pasir Puteh iaitu Rumah Pam JPS Kemasin, BELB Sungai Gali, Yik Tualang Tinggi, Kilang Bata Tasek Pauh, Pusat Sediaan Benih Jelor, Taman Jelor dan Taman Puspajaya.
Ujarnya, Tanah Merah pula Padang Kijang, Solar Bukit Mas, Bukit Kecik, Pasar Nirwana, Kuala Kepok dan Kampung Panjang.
“Machang pula Taman Sri Kalewah, Wakaf Indah, LPT Tok Coba, JPN Limau Hantu, Taman Setia Kasih, Kampung Tandak, Machang Indah, Kampung Buchit, Belukar Panjang, LSS Machang, Kampung Cina, Pam Air Kelaweh, Kuala Wel, Truster Premix, Bandar Sri Aman dan Laha,” katanya.
TNB CareLine turut mengingatkan orang ramai supaya menjauhi kawasan yang berlopak sekiranya terdapat talian elektrik putus atau jatuh di atas tanah atau dalam air.-UTUSAN