Banjir Kelantan: Solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan, Bendang Pak Yong terpaksa dibatalkan

Banjir: Solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan, Bendang Pak Yong hari ini terpaksa dibatalkan

MASJID Bendang Pak Yong tidak dapat melaksanakan solat jumaat selepas dinaiki air susulan hujan lebat serta limpahan air Sungai Golok di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan-GAMBAR FAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan dan Bendang Pak Yong di sini hari ini terpaksa dibatalkan selepas ruang utama rumah ibadat itu ditenggelami banjir sedalam dua meter berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu dan limpahan air sungai Golok.

Imamnya Mat Razi Mat Ail berkata, ini merupakan kejadian pertama kali masjid tersebut di naiki air dan situasi tersebut disifatkan sebagai luar biasa.

“Banjir lebih teruk berbanding tahun 2014 lalu, hal ini kerana paras air di dalam masjid mencecah 0.3 meter.

“Bagi saya situasi (banjir) kali ini lebih teruk berbanding bah kuning 2014,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mat Razi memberitahu, setiap tahun walaupun pekarangan masjid bagaikan lautan namun solat Jumaat tetap dapat dilaksanakan.

Katanya, dia berharap seluruh penduduk terus berdoa semoga banjir yang melanda kali ini cepat surut dan kembali pulih seperti biasa.

Sementara itu, Imam Tua Masjid Mukim Bendang Pak Yong, Anuar Daud berkata, solat Jumaat hari ini tidak dapat dilangsung selepas ruang utama ditenggelami air sejak tengah hari semalam.

Katanya, paras air dilihat semakin meningkat sekali gus melebihi situasi bah kuning 2014 lalu.

“Ketika itu air tak masuk di dalam masjid, namun lain ceritanya hari ini,” ujarnya.

Pada masa sama Masjid Mukim Kajang Sebidang turut ditenggelami banjir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya