Banjir: Penduduk Bendang Perol, Rantau Panjang mula berpindah - Utusan Malaysia

Banjir: Penduduk Bendang Perol, Rantau Panjang mula berpindah

NURUL Atikah Abdul Rashid (kiri) bersama ahli keluarga lain berlindung di PPS SK Gual To'Deh selepas rumah mereka di Kampung Bendang Perol, Rantau Panjang, Kelantan dinaiki air. -UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seramai 32 mangsa banjir yang terdiri daripada tujuh keluarga di Kampung Bendang Perol di sini, menjadi kumpulan pertama berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’ Deh hari ini.

Pemindahan itu dilakukan selepas kawasan rumah mereka ditenggelami banjir susulan limpahan air Sungai Golok sejak semalam.

Seorang mangsa banjir, Nurul Atikah Abdul Rashid, 24, berkata, dia bersama ahli keluarganya yang lain berpindah secara sukarela ke PPS SK Gual To’ Deh kira-kira pukul 11 malam.

Katanya, dia berbuat demikian kerana khuatir akan terperangkap di dalam rumah sekiranya hujan lebat berterusan.

“Air setinggi 0.4 meter sudah masuk ke dalam rumah kami malam tadi. Jika tunggu sehingga pagi, mungkin kami tidak dapat keluar ke PPS.

“Kami perlu berjalan kaki meredah air paras pinggang sejauh 600 meter untuk ke jalan utama,” katanya.

Seorang lagi mangsa banjir, Noriah Setapa, 51, berkata, dia bersama ahli keluarga bergilir-gilir menolak bot yang dinaiki oleh ibunya, Mek Yam Ahamad, 82, ketika meredah banjir malam tadi.

“Ibu perlu berada di dalam bot kerana dia mengalami sakit lutut dan tidak dapat berjalan jauh. Apabila sampai ke jalan utama, dia dibawa ke PPS SK Gual To’ Deh dengan motosikal,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya