Banjir monsun boleh diramal tujuh hari awal

Banjir monsun boleh diramal tujuh hari awal

AB. RAUF Yusoh (kiri) menyambut ketibaan Fadillah Yusof pada Majlis Serahan Projek Siap Kepada Kerajaan Negeri di MPAG, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Projek Pembinaan Stesen Hidrologi Telemetri untuk Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Fasa 2 berupaya meramal dan memberi amaran kejadian banjir monsun tujuh hari lebih awal.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, selain itu banjir kilat juga boleh diramal dalam tempoh satu hingga tiga jam lebih awal, dengan memfokuskan kepada limpahan air sungai berdasarkan data Jabatan Meteorologi.

“Selain dapat meningkatkan ketepatan banjir monsun ia jua berupaya menjadi satu sistem amaran dan hebahan banjir bagi tempoh dua hari lebih awal.

“Langkah ini juga dilihat sebagai satu usaha bagi mengurangkan risiko meragut nyawa serta kerugian harta benda,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serahan Projek Siap Kepada Kerajaan Negeri di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) di sini, hari ini.

Acara penyerahan turut disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Projek itu merupakan salah satu daripada lima projek di bawah seliaan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air yang telah siap dan diserahkan kepada kerajaan negeri.

Empat lagi projek adalah Projek Mencegah Hakisan Pantai Telok Gong, kerja-kerja pemasangan dan naik taraf peralatan mekanikal dan elektrikal bagi stesen Rangkaian Hidrologi Nasional (RHN), Projek Pemuliharaan Muara Sungai Baru serta Projek Pemuliharaan Muara Sungai Punggor.

Tambah Ab. Rauf, Projek Pemuliharaan Muara Sungai Baru dan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Punggor dapat mengurangkan hakisan pantai di kiri dan kanan muara, sekali gus mengurangkan kadar pemendapan.

Jelasnya, ia juga meningkatkan keupayaan aliran air terus ke muara untuk mengurangkan risiko banjir pantai.

“Pada masa yang sama, projek ini dilihat dapat meningkatkan ekonomi nelayan dan penduduk setempat termasuklah mempermudah panduan nelayan keluar dan masuk ke pangkalan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya